About Me

My photo
Simple girl with thoughts in different ways with different sides live with different people without listening to any of your words .

Monday, November 15

Aku Benci Kau

Kau cakap lain kau buat lain
Maruah kau .
Kau pijak kau injak kau campak
Terlalu murah seperti propaganda , seperti putung rokok di jalanan, seperti kertas yang beterbangan
tidak di hirau orang .
Aku malu mengenali kau !
Kau dah aku nasihati , dah aku kasihani , kau dah aku bimbing ,
tapi kau masih tidak mahu mengenali dunia .
Masih lagi kau berpijak di alam fana . Masih lagi kau tidak berakal .
Sampah !

Hidup kau kini seperti anjing jalanan !
Sedarlah wahai perempuan !
Kau seorang wanita yang akan menjadi ibu kepada anak-anak kau !
Kau sepatutnya di letakkan di tempat tertinggi dalam hati lelaki .
Tetapi kau khinati maruah kau sendiri !
Kau tidak lagi di pandang mahu pun dihirau !
Tidakkah kau sedar kau mempunyai harga diri yang perlu kau belai kau jaga
tapi kau !
Memperlekehkannya . Seperti kau perlekehkan pengemis jalanan, seperti kau jijik dengan orang yang hidup di jalanan .
Sedangkan kau , harga diri kau , lebih jijik dan lekeh dari kami yang di jalanan !
Kini kau ,
aku campak jauh dari kamus hidup ku .
Kau bodoh dalam kehidupan duniawi . Kau akan menyusahkan hidup aku satu ketika nanti .
Aku tidak akan mempunyai masa lagi untuk memberi kau jalan kehidupan .
Jangan kau cari aku .
Aku Benci pada Wanita Yang tidak Menghargai Dirinya !