Sesuatu yang mungkin anda (Mukmin) ingin atau sudah tahu . Sekadar berkongsi sahaja . Tiada niat menyakiti hati sesiapa .
1. Selepas malaikat Israfil meniup sangkakala yang bentuknya seperti tanduk besar yang akan memekak telinga,seluruh makhluk akan mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain, selepas itu Izrail itu akan mencabut nyawa malaikat lain yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati , tuhan pun berfirman yang mafhumnya " kepunyaan siapakah kerajaan hari ini ? " tiada siapa yang akan menjawab. Lalu dia sendiri yang menjawab dengan keagungannya " kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. " Ini menunjukkan bahawa kebesaran dan keagunganNya sebagai tuhan yang maha kuasa lagi maha kekal hidup, tidak mati .
3. Selepas 40 tahun, malaikat Israfil a.s dihidupkan ,seterusnya meniup sangkakala untuk kali kedua, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang mahsyar ( umpama padang arafah) yang rata tidak berbukit seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak adam yang disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Maka hiduplah manusia umpama anak benih pokok yang kembang membesar dari biji benih selepas tiupan sangkakala dari malaikat Israfil.
5. Semua manusia dan jin dibangkit dalam keadaan telanjang dan hina. Meraka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib dan masa depan yang akan mereka hadapi kelak
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ketempat perhimpunan besar. Maka bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan melupakan anak, suami akan melupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru hara yang maha dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik dibumi seperti keadaan naik dihari kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukit hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing, keadaan mereka akan berterusan selama 1000 tahun.
10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan, bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua mahluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari arasy. a) pemimpin yang adil b) orang muda yang taat kepada perintah ALLAH c) lelaki yang terikat hatinya dengan masjid d) dua orang yang bertemu kerana ALLAH dan berpisah kerana ALLAH e) lelaki yang diajak oleh wanita untuk berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "aku takut pada ALLAH" f) lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai) g) lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa-apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara " pergilah berjumpa dengan para nabi. " maka mereka pun pergi mencari para nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s, Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah s.a.w. jarak masa antara satu nabi dengan nabi yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan dia baginda.
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejauh perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga arasy itu tiba dibumi.
15. 'arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Ia dikelilingi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16. Qursi iaitu jisim nurani yang terletak dihadapan arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz qursi lebih kecil berbanding arasy umpama cincin ditengah padang.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah arasy menuju keleher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kita amalan ini telah ditulis oleh malaikat hafazhah/raqib & atid/kiraman katibin.
18. Manusia beratur dalam saf dan mengikut nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafiq beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara yang melibatkan pertumpahan darah.
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan kepada pemiliknya, bagi orang mukmin ia akan mengambil dengan tangan kanan, manakala bagi orang yang bukan mukmin ia akan mengambilnya dengan tangan kiri.
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu neraca timbangan. saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak akan ditimbang bahkan amalan buruknya tetap akan ditimbang.
24. Ketika dihusa, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan maha bijaksana.
25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w di akhirat adalah a) meringankan pederitaan makhluk dipadang mahsyar dengan mempercepatkan hisab b) memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab c) mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka, semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh allah untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka . Mereka ini berjumlah 70,000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70,000 orang yang lain.
28. Setelah berjaya dihisab, manusia kan mula berjalan menuju syurga melintas jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di sirat memakan masa 15000 tahun, 5000 tahun menaik,5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada juga yang tidak dapat melintasinya kerana kakinya sentiasa ditarik oleh api neraka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
30. Para malaikat berdiri dikanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 orang lagi akan terjatuh dalam neraka .
Rujukan : Kitab Aqidatun Najin