Perempuan jalang . Perempuan murahan . Perempuan kebret . Perempuan tak sedar diri . Perempuan jalanan . Bla bla bla ... Semua perempuan . Kenapa bukan lelaki . Ada korang terfikir tak ? Sebab kalau korang letak lelaki ayat tu jadi tak sedap . Lelaki jalang . Lelaki murahan . Lelaki kebret . Lelaki tak sedar diri . Lelaki jalanan . Pelik kan ? Nak sebut pun susah . Aku tertanya-tanya kenapa perempuan mudah diberi panggilan sebegitu . Aku bahas dengan member aku .
Dia kata perempuan nie ibarat syaitan dan malaikat . Dialah segalanya . Semua perempuan . Aku menjongketkan kening . Dia kata :
" Perempuan mudah terpengaruh dan mempengaruhi , mudah mempercayai dan mudah terpedaya . Semua kerana satu . Hati yang lembut macam kerak nasi . Suka bergosip , suka buat fitnah , suka reka cerita , suka perasan , suka mengelamun , semua perempuanlah . "
Aku pelik . Lelaki tak pernah perasan ke , tak pernah gosip , tak fitnah , tak reka cerita , tak megelamun , tak berpengaruh , tak percaya , tak ada hati ? Tapi kebenaran yang dia cakap memang tak dapat disangkal . Aku terlalu banyak melihat .
Kehidupan seorang perempuan musnah kerana seorang perempuan .
Kenapa mesti dengki ? Kenapa mesti menghasut ? Kenapa mesti menabur fitnah dan mereka cerita ? Kenapa mesti kau wahai perempuan ? Kenapa mesti kau lakukannya ? Bukankah perempuan itu hatinya lembut ? Bukankah sepatutnya perempuan itu lebih mudah simpati terhadap orang ? Kenapa perasaan dengki melebihi segalanya ?
Tidak akan aku tahu kerana aku tidak pernah mendalami jiwa itu . Jawapan member aku senang je .
" Jadilah seorang wanita yang memahami dunia , jangan kau menjejakkan kaki kau ke dunia perempuan . "
WANITA ? ? ?
ada beza ye ? ? ?