" Perlembagaan Malaysia sendiri menjadi undang-undang utama negara, Perlembagaan itu sendiri discriminatory positive. Di mana Perlembagaan discriminate antara rakyat iaitu agama Islam dan bangsa Melayu dilebihkan, itu kedudukan dalam Perlembagaan. Itu kita tidak boleh nafikan. Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, Artikel 11(4) Artikel 12(4) Artikel 76, Jadual Kesembilan, Senarai 2, Artikel 211A, Artikel 150, Artikel 160. Ini hakikat dalam negara ini. Tidak boleh dipersoalkan malahan benar tidak boleh dipinda pun kecuali dengan persetujuan kesembilan Raja-raja Melayu .
Kita lihat bagaimana kelihatan sekarang ini seperti satu amalan double standard apabila seorang belia Cina - Namewee, Wee Meng Chee. Satu penghinaan kepada Islam, kepada bangsa Melayu, kepada pihak berkuasa tetapi Peguam Negara membuat keputusan, mengikut dalam jawapan Parlimen, tidak akan mengambil tindakan pendakwaan. Tak akan dakwa langsung, dilepaskan begitu sahaja tetapi seorang blogger Melayu - Irwan Abdul Rahman, baru sindir TNB, kena caj di mahkamah.
Apabila wartawan majalah - Al-Islam menyamar pergi ke sebuah gereja hendak tengok kegiatan murtad di kalangan orang Melayu, mereka dimaki hamun, dihina. Tindakan keras dituntut diambil terhadap mereka tetapi bila wartawan wanita Cina - Malaysian Insider menyamar masuk menyusup ke perhimpunan agung orang Melayu pakai tudung macam perempuan Islam, dia katakan itu cara yang beretika kewartawanan.
Apabila kes anak Melayu bakar gereja penjara bertahun. Anak Cina baling surau dengan arak, cat dengan warna merah, denda. Pegawai BTN bercakap tentang hak Melayu, kedudukan Islam dalam perhimpunan tertutup orang Melayu Islam dimaki hamun, disuruh ambil tindakan tegas tapi bila Presiden MCA mempertikaikan kedudukan orang Melayu, tidak ada apa tindakan. "
Nak baca lebih >>> http://celahgelegar.blogspot.com/2010/10/mesti-baca-kebenaran-peristiwa-13-mei.html
Aku nak tanya je .
- Dari mana kau belajar diskriminisasi tu positif ?
- Kenapa Namewee terlepas ? Sebab mereka yang terkena tak boleh terima hakikat yang ada orang nampak dan berani tegur kesalahan mereka .
- Apa yang Namewee kutuk ? Pasal budak-budak bangsa dan agama kau kan ?
- Dia bukan kutuk bangsa kau je . Singapore pun dia kutuk , kau tau ? Ada Singapore kecoh macam kau ?
- Semua yang dia cakap ada bukti , tidak boleh nak tuduh langsung kau tau ? Dia kutuk rutin harian bukan perlembagaan .
- Kau cerita pasal bangsa je , ada kau cerita pasal agama ?
- Agama kau mengajar kau untuk menzalimi orang yang berlainan agama ke ? Dari mana kau belajar ?
- Nak cerita pasal takut ? Kau nampak Cina berkuasa macamana walaupun kita ada perlembagaan ? Kau berani kutuk direct dan bukak cerita depan diaoranglah pasal 13Mei .
- Kau nak cerita pasal bangsa kau ? Bangsa yang kau kata ada keistimewaan dalam negara .
- Yang merempit malam-malam buta itu bangsa kau .
- Yang racing kereta malam-malam buta itu bangsa kau .
- Yang bergaduh sana-sini itu bangsa kau .
- Yang hisap dadah itu bangsa kau .
- Yang buat dadah itu bangsa kau .
- Yang edar dadah itu bangsa kau .
- Yang pakaiannya selekeh itu bangsa kau .
- Yang paling ramai minta sedekah itu bangsa kau .
- Yang paling banyak minta tolong kerajaan itu bangsa kau .
- Yang paling tidak terbuka fikirannya itu bangsa kau .
Kau nak salahkan siapa ? Individu ? Perlembagaan ? Ideologi ? Bangsa ? Agama ?