About Me

My photo
Simple girl with thoughts in different ways with different sides live with different people without listening to any of your words .

Sunday, October 10

Andai

Andai aku masih lagi seperti dulu
ketika aku masih lagi bertatih
ketika aku masih lagi merangkak
ketika aku masih lagi belajar untuk memanggil ayah ibu
ketika aku hanya faham perutku yang lapar
ketika aku hanya faham aku inginkan mainanku
ketika aku hanya mengenali ibu ayah ku
ketika aku tidak mengenali dunia
ketika aku tidak tahu apa itu masalah

ketika aku hanya menangis kerana ditinggal ibu ayah
ketika aku hanya mahu susu
ketika aku tidak memilih pakaianku
ketika aku tidak pandai meminta
kini aku mengenali dunia
aku tahu apa itu masalah
aku lupa pada ibu ayah
aku memilih pemakaianku
aku sudah pandai meminta
aku sudah pandai berkata-kata berjanji dusta
aku menangisi sikapku
aku kenal erti susah senang
aku tahu buruk baik
aku tidak lagi memahami diri ini hati ini kini diabaikan
rintihannya dibiar sepi dijiwa
andai aku seperti dulu....