About Me

My photo
Simple girl with thoughts in different ways with different sides live with different people without listening to any of your words .

Tuesday, November 23

Perkara Terindah Dalam Hidup

Apa agak-agaknya perkara terindah dalam hidup kau ? Kaulah . Yang baca ni . Tak kan orang yang kat luar tu . Pernah kau terfikir tak ? Jawapan yang biasa aku dapat adalah seperti di bawah :

1 ) Si dia menerima cinta kau
2 ) Berjumpa dengan si dia
3 ) Si dia tersenyum bahagia , gembira
4 ) Kau dapat duit banyak
5 ) Kau tak kena bebel
6 ) Kau bebas dari kongkongan
7 ) Kau dapat beli apa yang kau nak
8 ) Keluarga kau bagi apa yang kau minta
dan bla bla bla .....


Pada aku pulak . Benda terindah dalam diri aku berlaku sekali je . Dia tak akan berulang lagi . Mungkin untuk kali ke dua tapi tak akan banyak . Macam berjumpa dengan si dia , bukannya aku tau yang mana satu si dia aku . Bukannya aku dapat duit banyak sekali je . Perkara terindah dalam diri aku :

1 ) Aku mula melangkah menggunakan kaki ku sendiri
2 ) Aku mula berkata-kata setelah puas mendengar
3 ) Aku mula menulis setelah puas mengeja
4 ) Aku mula mengenal manusia yang penuh dengan ragam mereka
5 ) Aku mula mengenal dunia yang penuh propaganda
6 ) Aku mula berpijak di bumi yang nyata
7 ) Aku mula bersuara menggunakan kaki yang melangkah , kata-kata setelah mendengar , penulisan setelah mengeja , pelbagai ragam manusia , propaganda dunia dan bumi yang nnyata sebagai senjata untuk aku terus dengan pendirian aku .
Tapi aku masih melangkah dan mengeja . Dan aku akan terus begitu . Sehingga aku tidak berdaya . Sehingga aku tiada bernyawa .