Andai kata-kata sedemikian diucap oleh mulut seorang lelaki dengan akal waras juga hati ikhlas dengan serta merta aku ingin meminangnya, andai kata akad berkuasanya aku, akan aku menjalankannya. Sesungguhnya lelaki sebegitu 1 dalam 1 000 000 000.
Sungguh, syaitan telah menang dalam banyak perbalahan. Andai ini Olimpik pasti sahaja mereka juaranya. Betapa lemahnya iman betapa rendahnya pemikiran betapa ceteknya akal manusia.

Membenarkan kerasulan Muhammad tanpa mengimani risalah Islam. Lazatnya iman tidak dirasa dijiwa, menjadikan diri manusia yang tiada sabar dan tiada ketegaran mempertahankan akidah.