About Me

My photo
Simple girl with thoughts in different ways with different sides live with different people without listening to any of your words .

Saturday, June 16

AKAL HATI

AKAL dan HATI . Mereka berbeza . Sentiasa . Setiap detik . Ada sahaja yang ditelagahkan . Curang sesama sendiri itu perkara biasa pada mereka . Pilihan hanya satu . Kemenangan hanya untuk satu . AKAL atau HATI ?

AKAL sentiasa memberikan kata-kata sokongan atau menyangkal segala yang ingin dilakukan . HATI pula sentiasa memberikan kenginan melakukan . AKAL bukan sesuatu yang boleh dikawal manakala hati merupakan sesuatu yang dikawal menggunakan akal . AKAL tidak pernah mempermainkan tetapi HATI sentiasa melukakan . Seringkali didengarkan tentang 'dengarkan kata hati' begitu jua 'gunakan akal' . Mana mampu keduanya menjadi satu , pasti sahaja satu dikecewakan dan harus mengalah .
 
HATI yang memperoleh kemenangan  mula menyisihkan AKAL . HATI menyambut kemenangan tanpa mengingati si AKAL . AKAL mula menyendiri dengan fikirannya yang bercelaru , dipenuhi kesangsian . Mampukah HATI sentiasa diatas roda ? Mampukah HATI pertahankan kemenangan ? Benarkah apa yang si HATI inginkan ? Jauh si AKAL melangkah membawa fikirannya jauh tercorok . Suatu hari , HATI kecundang , kemenangan yang disangka kekal akhirnya diragut . Terhempas dia ke bawah . Kini disisi bawah roda . Tersedu mengingatkan trofi kemenangan yang terlepas dari genggaman . Kesalan terasa kini . AKAL dipanggil 'Marilah, maafkan aku . Jauh sungguh kau melangkah meninggalkan aku . Tidak aku mampu aku untuk hidup tanpa kau .' Meraung, merintih si HATI kembali mengejar si AKAL . AKAL yang penuh dengan fikiran untuk si HATI kembali dengan melupakan segala kepedihan . Tidak sedikit marah pada si HATI yang mementingkan diri , tidak berparti dengan kemenangannya kini . Hanya pelukan dihulurkan . kata-kata semangat diberikan pada HATI supaya dia mampu melangkah lagi . 'Tidak . Aku masih berada disini . Jangan kau bersedih . Kau mampu laluinya , aku ada ubat untuk kamu . Jangan kau risau .' HATI yang gagah sentiasa mengabaikan AKAL , si pemberi semangat .


AKAL yang memperoleh kemenangan pula sering mengabaikan HATI . Segala yang ingin dilakukan terkawal kerana AKAL yang sering mengarah . Kemenangan hanya berpihak kepada si AKAL manakala HATI meraikan juga kemenangan AKAL . HATI yang sering kecewa , sentiasa memendam rasa dek termakan kata-kata si AKAL . Kepedihan HATI tidak tertanggung kini , melangkah pergi meninggalkan si AKAL . 'Sambutlah dikau kemenangan yang kau agungkan itu. Aku penat mengikut langkahmu memanjat tangga yang ke awan tingginya .' AKAL bingung , rungsing , tidak menentu fikirannya . Sifar . Tersedar kini . Dia tidak terasa kemenangan ini , kerana tiada HATI yang meraikan . AKAL sedar perlunya hati disisi , tetapi kerana sifat pentingkan dirinya . Kini HATI sentiasa mengalirkan airmata walaupun si AKAL hampir ke awan . Kerana sifat terlalu melindunginya , HATI kini merintih pilu , kesedihan HATI tidak mampu AKAL ubati . Hanya menyendiri , sepi . 'Kau pergilah, pilih kemahuanmu.' Hati gagah pergi dan mencari keinginan mengabaikan si AKAL kini .


AKAL dan HATI .
Memahami satu sama lain , tetapi tidak pernah mahu bersama .
Memerlukan satu sama lain , tetapi sering mengabaikan .
Pasangan yang hebat tetapi sering bertelagah .
Mampukah mereka sekata sejiwa ?