
kelamaan kau hilang dari pancaindera ku . tanpa meninggalkan kesan . tiada apa . kosong dunia ku . tinggal si awan gelap di merata . aku ditinggalkan terpinga ditengah lautan bersama badai yang melanda . sendirian dengan taufan yang mencari peluang menghanyutkan aku .
aku tidak dikalahan taufan dan badai . aku mencari kemana perginya kekuatan yang dulu aku kumpulkan demi mengejar si bintang yang jauh di langit . yang membuat aku mengabaikan diriku asalkan si bintang tidak hilang dari pancaindera ku .
kini apa yang tinggal pada ku hanyalah perut kosong dan kekuatan tahap sifar . sedangkan si bintang masih dilangit melihat aku tercari-cari . muncul setelah si awan gelap meninggalkan aku . memberikan aku harapan baru . aku kembali mengharap . hilang ketika aku dalam kesusahan menjadi sifatnya kini . ribut taufan yang maha hebat menuju ke arah ku . si bintang hanya mampu tersenyum dan mengatakan aku cukup tabah untuk melaluinya . aku dibiarkan melalui taufan sendirian . keletihan maksima menimpa diriku . muncullah dia ketika cuaca kelihatan indah .

hilanglah sudah keyakinan aku pada kepercayaan yang selama ini ku letak . yang selama ini aku sangka Dia menciptakan kau sebagai penunjuk arahku . aku terlalu yakin dengan harapan yang aku bina sendiri sedangkan kau tak pernah berkata apa-apa . aku masih mengharap agar kau sememangnya si bintang itu . walau kau meninggalkan aku sendirian kau tetap yang aku nanti . walau kau yang paling menyakiti hanya kau yang aku mahu . kerana pada aku hanya kau penunjuk arah ku . biar aku terpaksa berkongsi bersama pelayar lain . biar aku hanya akan terus dibawah melihat kau bahagia di sana . aku akan terus berlayar ke pulau impian itu . yang aku impikan bersamamu . walau kau tiada disisiku .
walau aku tahu aku sentiasa akan berada dibawah sedari dulu . walau aku tahu aku tidak pernah layak bersama kau disana . walau aku tahu kau sentiasa adalah yang terbaik . walau aku tahu kau menjadi rebutan . walau aku tahu ...... kau yang aku perlukan . aku lebih rela disini . dibawah setia . sekadar memerhati . kau bergemerlapan di atas . sudah cukup untuk memberikan aku kekuatan walau sedikit untuk meneruskan perjalanan ini dengan senang walaupun aku tidak mampu untuk tersenyum sepertimana kau di atas yang sedang bergembira .