About Me

My photo
Simple girl with thoughts in different ways with different sides live with different people without listening to any of your words .

Sunday, June 10

Imaginasi 1

Okay . Belum start aku dah rasa nak gelak . Nak tau tak ? Dulu kan ... Kisah ape kau tak nak tau . Aku nak cakap jugak . Aku dulu pernah nak buat kerja part time jadi penulis novel . Tak tau kenapa , tapi aku minat nak menulis .
Menulis tentang kisah cinta yang diangungkan saban hari , tapi tiada pernah terjadi . Kisah cinta yang konon memberi kebahagiaan pada semua . Mana mungkin hidup kau seperti yang tertulis , kerna yang menulis juga berimaginasi . Hidup kau adalah yang terjadi , yang benar belaka , tiada mainan akal , imaginasi tinggi membunuh kau di dunia realiti . Aku pernah tulis cerita yang agak separuh jalan . Hari tu masa format hard disc terjumpa pula . Jadi aku rasa aku nak letak dalam blog . So aku tak akan terlupa yang aku pernah berimaginasi . Cerita ini berdasarkan cerita yang aku dengar ditambah dengan imaginasi aku untuk mengindahkan cerita .


Langit mula menjingga, angin terus bertiup, desiran ombak memberikan ketenangan yang diperlukan. 'Tak hairanlah kenapa dia minat tempat ini.' berbisik aku bersama pasir. Wajah yang selalu dihiasi senyuman memikat yang diiringi lesung pipit dalam dan berperangai nakal juga sempoi membuatkan aku memujanya. Mata hazelnya yang aku kerap kali mimpikan . 'Aku rindukan kau.'

***

Peritnya kesakitan ini Ya Allah.Nak pitam pun ada rasanya. Ingin dia mencari pemilik bola tersebut. Kedengaran suara yang lantang "Saudara, maaf. Boleh pulang balik bola tu?". "Perempuanlah". "Tapi bola yang kena kat kepala aku ni macam datuk dia baling moto kat kepala aku kau tau." aku membalas apabila Izul seperti mahu aku meredakan kemarahan aku. Aku baru seminggu berpindah ke sekolah ini sudah mengikuti rombongan sekolah. Izul memaklumkan bahawa perkara ini biasa, sekolah kami memang banyak membuat rombongan bercuti jika ada yang mengusulkan. Kebiasaannya dua bulan sekali. Perkara yang membuatkan aku suka tentang sekolah ini, unsur demokrasi dimana suara pelajar masih didengar oleh pihak atasan. Yang menimbulkan kemusykilan aku ialah Ketua Pengawas mereka masih tidak kelihatan atau mungkin sekolah mereka tidak menggunakan khidmat Ketua Pengawas? Aku merupakan rakan sekelas semua AJK pengawas, tidak pernah pula mereka membicarakan tentang Ketua Pengawas.

Usai sudah solat Maghrib, Izul, Ifran, Fakrul, Fauzi dan aku melangkah keluar dari bilik untuk menjamu selera. Perut yang telah berkeroncong membuatkan aku geram dengan budak sekolah yang lambat datang di tempat yang dijanjikan. "Woi! Kau ingat kau anak agong ke kita orang nak kena tunggu kau lama-lama kat bas ni" Jerit Izul yang sudah berangin. "Jumpa Didi tadi terborak kejap." Jawab Aziza, Setiausaha Kehormat Pengawas Sekolah. "Banyak kau punya kejap, kucing dah bertanduk kau tau." Balas Izul.

Sambil menjamu selera di Sea View Restoran, aku terlihat Cikgu Faizah dan Cikgu Azman berbual bersama seorang gadis. Mereka kelihatan serius dan semakin aku perhati semakin sedar aku. 'Ah!' Berdenyut kembali kepala aku. Perempuan yang main bola tampar tadi. Anak cikgukah? "Amboi, bukan main jauh kau mengelamun. Kau dah minat kau cakap. Aku bagi nombor telefon dia kat kau. Dia kalau kau buat kawan seronok tapi kalau kau nak buat awek susahlah." Berkerut dahi aku mendengar kata-kata Izul. "Kau kenal dia ke? Cakap macam dah berkurun kenal dia.". "Kalau aku tak kenal tak kan aku cakap kawan dengan dia seronok. Kau baru hari ni nampak dia kan? Dah biol aku tengok. Macam mana nak satu kelas dengan dia. Tak payah belajarlah kau, tak lulus jadinya. Mengelamun je kerja." Aku menjungkitkan dahi kerana Izul tidak pernah bercerita tentang gadis ini. "Satu kelas? Aku tak pernah nampak dia pun. Kenapa aku tak lulus pulak, bukan dia duduk sebelah aku pun." Ada sahaja cara Izul ingin mengenakan aku sejak kecil, aku pun apa kurangnya, pantang diberi peluang, pasti sahaja aku mengenakannya. "Kau mulut jangan cabul. Dia satu sekolah dengan kau, dia duduk sebelah kau baru kau tau." "Bagus juga ada gadis secantik tu nak duduk sebelah aku. Untungnya."

Mana mungkin dia duduk sebelah aku, dalam kelas pun tidak pernah kelihatan. Satu sekolah? Tapi aku tak pernah nampak dia pun? Mengikut ketinggian badannya, dia tidak mungkin lebih muda beberapa tahun dari aku. Tetapi tidak pula banyak kelas tingkatan 6 atas di sekolah. Tingkatan 5 barangkali?