Bukan aku tidak kisah jika kau dipikat
aku sakit
namun aku faham kerana kau kacak dan wanita mudah tergoda dengan wajahmu
Bukan aku tidak kisah jika kau ditenung sedalamnya
aku pedih
namun aku faham kerana kamu mampu menggoyahkan iman si gadis
Bukan aku tidak kisah jika kau sibuk
aku perit
namun aku faham kau mencari rezeki dan kau juga mempunyai hidup kau sendiri
Bukan aku tidak kisah kau layan perawan lain
aku sebak
namun aku faham aku bukan yang terbaik untuk kau
Bukan aku tidak kisah kau keluar bersama perempuan yang lain
aku menangis namun aku faham kau juga bosan keluar dengan seorang wanita sahaja
Bukan aku tidak kisah kau mempunyai yang lain
tapi apakan daya aku sebagai seorang wanita yang tidak berdaya yang tidak sempurna juga tidak berkuasa
aku hanya ingin kau bahagia
mungkin hari ini aku perit , sakit , menangis , sedih , sebak ....
mungkin satu hari nanti kau sedar betapa aku sayangkan kau .....
mungkin satu hari nanti kau sayang pada aku ..
mungkin aku hanya terlalu mengharap kepada harapan yang tidak pasti ...
mungkin ......
mungkin ......