About Me

My photo
Simple girl with thoughts in different ways with different sides live with different people without listening to any of your words .

Monday, September 6

Manusia

Pemerhatian ku
Betulkan andai aku silap..
Kau masih cemburu pada aku ..
aku akui aku mudah rapat dengan lelaki . aku mudah ramai kawan lelaki .
tapi aku jaga tingkahku ..
Aku akui aku tidak mempunyai tubuh sehebat kau . aku tidak secantik kau . mahupun semanis kau
tapi aku masih seperti dulu .....
tanpa kekasih di sisi kerna setia menanti ..
Kau masih sakit hati dengan ku ..
kerna aku masih menuntut . walau tidak sebijak mana ..
tapi aku masih menjadi cabaran pada yang lain . kerana mereka lebih suka bertanya padaku . bukannya kamu
 ..
Kau masih cuba membuat aku cemburu dengan hidupmu ..
kerna kau banyak lelaki dampingi . kerna kau diminati . kerna kau dikasihi ..
tapi aku masih setia dengan hatiku
masih seperti dulu ......
tidak terlintas untuk mencemburui kau
Kau masih mahu bermegah di depan ku ..
kerna kau lebih kaya . kerna kau lebih berharta . kerna kau memakai pakaian ternama ..
tapi aku masih sama
masih lagi memakai pakaian biasa . masih lagi berwang walau tidak berharta . masih lagi seperti dulu .....
tiada hasrat untuk bertingkah dengan laku mu..
Aku mengasihani kamu wahai manusia
Aku mengasihani hidup kamu
Aku mengasihani dunia kamu
Aku mengasihani diri kamu ...
Matanglah
Dunia ini bukan milik kamu