About Me

My photo
Simple girl with thoughts in different ways with different sides live with different people without listening to any of your words .

Friday, March 22

JawapaN

aku diserbu soalan. soalan kau yang berbunyi "kenapa blog kau tak ada cerita pasal diri kau? kawan-kawan kau? sahabat-sahabat? family kau? jiran kau? semua manusia yang berdekatan dengan kau?" hebat dasyat bunyi soalan. aku sendiri pun tak tau nak jawab.


tentang aku.....
 
aku suka berkias. pada aku kias tu seni. tapi dalam diam kiasan aku selalunya aku beritahu secara tak langsung perasaan aku. selalunya aku berkias bila aku tau kau tak boleh terima sesuatu tu bila aku cakap atau tegur dalam nada biasa.

aku tegas dalam buat keputusan. bila aku dah tetap dengan keputusan bererti kau tak mampu mengubahnya. so sementara aku tanya kau nak macamana ke nak apa ke, kau jawab ikut hati kau, selagi aku bagi kau buat keputusan selagi tu aku terima walau seteruk mana pun keputusan kau. tapi kalau banyak kepala yang bagi cadangan. aku buat kepala sendiri je.



takut dengan aku? bukannya aku makan kau. kau takut mesti bersebab. sebab apa yang kau dah buat atau yang akan buat atau nak buat, atau segala yang terlintas dalam kepala kau adalah salah dimata aku. so kau jadi takut nak bincang dengan aku. bukannya aku ni garang sangat pun. aku tak suka kau tak boleh jawab soalan aku bila aku tanya kau. kalau kau buat keputusan betul2 mesti aku okay je.

aku kuat dengki? kau sakit hati? itu cara aku bergurau. lantaklah kau nak ckp apa. aku rasa ramai je terasa dengan aku. tapi still berkawan je macam biasa? alasan sayang member tak nak buat sakit hati tu semua dalam poket aku. tak payah nak geybang cam gampang. haha

sudahlah korang. gila. hilang akal. semua aku buat nak aku tulis payah laa jadi manusia macam ni.

..3..

aku hilang arah yang aku tuju . dulu aku punya bintang . bintang si penunjuk arah yang setia disisi . aku terus berani . berlayar tanpa henti . malah tidak gentar walau laut mula bergelora . aku yakin dengan si bintang . aku tepis setiap titis hujan yang mencurah . aku tempuh angin taufan melanda . aku tahan segala kelaparan demi mencapai impian itu . dengan adanya kau sebagai penunjuk arah . aku yakin aku akan tiba ke sana . aku terus berlayar . kau mula samar . aku mencari . terus yakin dengan sangkaan ku . terus berpegang teguh pada panji yang aku bina selama aku mengenal erti kehidupan bersama kau . terus berpeluk pada keyakinan aku terhadap si bintang . yakin dan terus yakin walau suara jahat mula mengoyahkan panji ku .


kelamaan kau hilang dari pancaindera ku . tanpa meninggalkan kesan . tiada apa . kosong dunia ku . tinggal si awan gelap di merata . aku ditinggalkan terpinga ditengah lautan bersama badai yang melanda . sendirian dengan taufan yang mencari peluang menghanyutkan aku .

Nafsu

" Kalau org lain memilih untuk menjadi haiwan yang melempiaskan nafsu dengan topeng cintanya, tidak aku mahu turut sama menjadi haiwan yang menanggung sesal hingga ke liang lahad. Peduli apa kalau aku ketinggalan zaman, peduli apa kalau pada zaman siber aku memilih untuk menjadi romeo purba. "


 
Andai kata-kata sedemikian diucap oleh mulut seorang lelaki dengan akal waras juga hati ikhlas dengan serta merta aku ingin meminangnya, andai kata akad berkuasanya aku, akan aku menjalankannya. Sesungguhnya lelaki sebegitu 1 dalam 1 000 000 000.


Sungguh, syaitan telah menang dalam banyak perbalahan. Andai ini Olimpik pasti sahaja mereka juaranya. Betapa lemahnya iman betapa rendahnya pemikiran betapa ceteknya akal manusia.