About Me

My photo
Simple girl with thoughts in different ways with different sides live with different people without listening to any of your words .

Tuesday, September 14

Bukan Aku Tiada Perasaan

Bukan aku tidak kisah jika kau dipikat
aku sakit
namun aku faham kerana kau kacak dan wanita mudah tergoda dengan wajahmu
Bukan aku tidak kisah jika kau ditenung sedalamnya
aku pedih
namun aku faham kerana kamu mampu menggoyahkan iman si gadis
Bukan aku tidak kisah jika kau sibuk
aku perit
namun aku faham kau mencari rezeki dan kau juga mempunyai hidup kau sendiri
Bukan aku tidak kisah kau layan perawan lain
aku sebak

Tuesday, September 7

Hari Itu

Apa yang ada pada hari itu ..??
Apa yang indah pada hari tu ..??
Apa yang dinantikan pada hari itu ..??
Mengapa semua bersusah demi hari itu ..??
Mengapa menangis di hari itu ..??
Mengapa bermaafan di hari itu ..??
Apa yang istimewa tentang hari itu ..??
Mengapa semua orang nak hari itu ..??

Aku tidak suka pada hari itu.. Aku tidak benci.. Tapi aku tidak menyukainya..
Mereka menangis pada hari itu.. Mereka sedih.. Begitu juga aku..
Tiada lagi yang sibuk mengejar pahala.. Tiada lagi yang sibuk menjejakkan kaki ke rumahNya..

Monday, September 6

Manusia

Pemerhatian ku
Betulkan andai aku silap..
Kau masih cemburu pada aku ..
aku akui aku mudah rapat dengan lelaki . aku mudah ramai kawan lelaki .
tapi aku jaga tingkahku ..
Aku akui aku tidak mempunyai tubuh sehebat kau . aku tidak secantik kau . mahupun semanis kau
tapi aku masih seperti dulu .....
tanpa kekasih di sisi kerna setia menanti ..
Kau masih sakit hati dengan ku ..
kerna aku masih menuntut . walau tidak sebijak mana ..
tapi aku masih menjadi cabaran pada yang lain . kerana mereka lebih suka bertanya padaku . bukannya kamu

.....1.....

Semakin hari aku merasakan semakin suntuk
"Jangan dihitunglah" nasihat sahabatku
Kedegilan merasuk aku . Suntuk dan suntuk . Apalagi yang mampu dan belum aku buat ?
Aku mahu lakukannya sekarang . Aku mahu !!
Cita-cita ku tinggi . Aku mahu capai semua walaupun aku tahu . mereka ibarat mentari di malam hari ..
Aku suka berangan . Kerana itu sahaja yang aku mampu . Aku tidak suka berangan . Kerana aku tidak mampu menggapainya .
Aku mahu semuanya nyata . Tapi yang nyata itu . aku sakit menerimanya . Yang nyata itu menyakiti aku ..

Friday, September 3

HUJAN

Hei hujan ..
Kau jahat !!
Setiap kali bajuku disidai kau turun membasahi bumi
Kau jahat !!
Setiap kali aku nak lepak kau jatuh mencurah ke bumi
Kau jahat !!
Setiap kali aku menanti rakanku si bintang kau datang menyiram bumi
Kau jahat !!
Setiap kali aku mahukan mentari kau muncul menyuramkan bumi
Kau jahat !!
Setiap kali aku bersedih kau datang menemani