About Me

My photo
Simple girl with thoughts in different ways with different sides live with different people without listening to any of your words .

Monday, January 10

Restoran 24 Jam

Aku terbaca dalam Kosmo! pasal “ Kawal Operasi Restoran 24 Jam”. Sebab-sebab munasabah yang cuba diberikan :


i) makanan yang disediakan di permis 24jam mempunyai minyak yang tinggi, juga berlemak, boleh meningkatkan tahap kolestrol dalam badan
ii) menu yang disediakan tak terjaga kebersihannya dan bolah mengakibatkan keracunan makanan
iii) makan lewat pukul 8 malam ke atas menyebabkan badan kita gagal membakar kalori yang diproses daripada makanan sekaligus terdedah kepada pelbagai penyakit
iv) mencetuskan budaya yang tidak sesuai untuk rakyat terutama golongan muda

Aduhai, kau biar betul, aku rase tak masuk akal langsung. Janganlah salahkan restoran yang dah lama beroperasi sedemikian rupa. Salahkan gaya hidup rakyat Malaysia yang dah lama sedemikian rupa.

i) Restoran tu memang dipenuhi ramai tidak kira waktu. Malam ke siang ke sama je.
ii) Bukannya tidak mengutamakan kesihatan tapi sekarang ni wang ringgit lebih penting.
iii) Semua benda naik harga. Orang bekerja keras demi mencapai kesenangan hidup masa kelak. Kalau dah orang kerja malam tak kanlah nak makan kat kantin je. Lama-lama bosanlah.
iv) Eloklah budak tu lepak kat mamak, daripada pergi hisap dadah.
v) Kalau tak makan kat luar pun, mereka makan dirumah. (Makanan segera)
Langkah yang aku rasa munasabah kalau betul nak buat semua rakyat tak kena penyakit
i) haramkan penjualan semua jenis makanan segera (meggi, sardin blablabla)
ii) haramkan pengeluaran dan penjualan alkohol dan rokok
iii) jauhkan rakyat daripada makanan atau minuman yang mempunyai kaffein berlebihan (nescafe)
iv) larang pendatang asing datang bekerja kecuali di syarikat besar dan berpangkat

BOLEH KE MALAYSIA ?