About Me

My photo
Simple girl with thoughts in different ways with different sides live with different people without listening to any of your words .

Tuesday, March 29

Ciri-Ciri Lelaki Yang Patut Korang Tinggalkan

Hah ! Nie isu hangus yang aku dok dengar bila lepak ngan member2 aku . Oh semak !
" Aku nak lelaki macam ni . " "Aku nak lelaki macam tu . " " Bestnya kalau pakwe aku macam tu . "
Ergghhh . Aku jadi konfius sudah . Banyak sangat ke perangai lelaki yang korang tak tahan ? Tapi yang pasti korang kena tinggalkan pakwe korang kalau dia ada ciri2 faktab ni .

1. SAYA SINGLE . Berlagak macam single tanpa komited tapi padahal ada awek / tunang / isteri . ( awek kalau kau saja nak wat main2 tak pe . ni dah bertahun couple pun kau tak nak ngaku awek . melampau ! )

2. TAK MASAK ataupun tak matured . Perangai macam kanak-kanak bila handle problem . ( mati kalau kau jadi awek . cam bebudak je . sah-sah kau yang kene settle problem tu . )

3. KEYAKINAN & KEPIMPINAN yang terlebih-lebih . ( apa dia cakap semua betul . confident habis . semua kita kena ikut . ketua habislah . tak boleh tegur . cakap sikit kata lantun . lantun hangguk kau . orang tua aku pun aku tegur . ni kan pulak kau )

Wednesday, March 23

Apa Jadi Dengan Aku ?

Aku menghilang ?
Ye . Sebab aku tiada idea . Aku sibuk dengan hal dunia aku . Hal aku !
Bukan itu ? Jadi apa ???
Blog aku ?? Aku merapu ??? Dimana ? Bukan aku ? Yang mana ?
Semuanya aku . Aku yang mengambil tahu . Luahan hati aku . Suka hati aku !
Blog aku kan ! Aku nak tulis apa lantak aku lah .
Sibuk kau bercerita pasal aku ! Dahlah follow senyap-senyap ! Ingat aku tak tau ?
Aku curang dan kini single kau kata ? Bila ? Bila pula aku bercinta ? Siapa si malang itu ? Bila pula aku single ?

Monday, January 10

Restoran 24 Jam

Aku terbaca dalam Kosmo! pasal “ Kawal Operasi Restoran 24 Jam”. Sebab-sebab munasabah yang cuba diberikan :


i) makanan yang disediakan di permis 24jam mempunyai minyak yang tinggi, juga berlemak, boleh meningkatkan tahap kolestrol dalam badan
ii) menu yang disediakan tak terjaga kebersihannya dan bolah mengakibatkan keracunan makanan
iii) makan lewat pukul 8 malam ke atas menyebabkan badan kita gagal membakar kalori yang diproses daripada makanan sekaligus terdedah kepada pelbagai penyakit
iv) mencetuskan budaya yang tidak sesuai untuk rakyat terutama golongan muda

Aduhai, kau biar betul, aku rase tak masuk akal langsung. Janganlah salahkan restoran yang dah lama beroperasi sedemikian rupa. Salahkan gaya hidup rakyat Malaysia yang dah lama sedemikian rupa.

i) Restoran tu memang dipenuhi ramai tidak kira waktu. Malam ke siang ke sama je.
ii) Bukannya tidak mengutamakan kesihatan tapi sekarang ni wang ringgit lebih penting.
iii) Semua benda naik harga. Orang bekerja keras demi mencapai kesenangan hidup masa kelak. Kalau dah orang kerja malam tak kanlah nak makan kat kantin je. Lama-lama bosanlah.
iv) Eloklah budak tu lepak kat mamak, daripada pergi hisap dadah.
v) Kalau tak makan kat luar pun, mereka makan dirumah. (Makanan segera)