About Me

My photo
Simple girl with thoughts in different ways with different sides live with different people without listening to any of your words .

Tuesday, September 7

Hari Itu

Apa yang ada pada hari itu ..??
Apa yang indah pada hari tu ..??
Apa yang dinantikan pada hari itu ..??
Mengapa semua bersusah demi hari itu ..??
Mengapa menangis di hari itu ..??
Mengapa bermaafan di hari itu ..??
Apa yang istimewa tentang hari itu ..??
Mengapa semua orang nak hari itu ..??

Aku tidak suka pada hari itu.. Aku tidak benci.. Tapi aku tidak menyukainya..
Mereka menangis pada hari itu.. Mereka sedih.. Begitu juga aku..
Tiada lagi yang sibuk mengejar pahala.. Tiada lagi yang sibuk menjejakkan kaki ke rumahNya..

Bermulanya episod baru si syaitan.. Aku lebih senang hari ini.. Lebih tenang..
Aku dapat merasakan ketiadaan mereka..
Aku tidak suka hari itu..
Hari itu membuat semua menjadi lupa daratan.. Pembaziran berlaku tanpa disedari sehingga hari itu pergi..
Aku tidak suka hari itu..
Mereka yang tiada menangis terseksa.. Mereka begitu tenang di hari ini.. Mereka menangisi pemergian hari ini..
Aku tidak suka hari itu..
Wang menjadi pergaduhan si kecil.. Mereka menjadi haloba.. Mereka merungut mendapat sedikit..
Aku tidak suka hari itu..
Hari itu terlihatlah muka-muka yang menyakiti aku minta dimaafkan lalu lakukannya semula.. Terserlah muka-muka si durjana.. Meminta belas selepas meluka..
Aku tidak membenci..
Aku hanya tidak meraikannya semeriah mereka..
Hari itu...
Hari Raya..
Aidilfitri..